Persidangan Kebangsaan Staf Kumpulan Profesional dan Pelaksana Universiti-Universiti Dalam Kejuruteraan 2017

Pendahuluan

Fakulti Kejuruteraan buat pertama kalinya menganjurkan Persidangan Kebangsaan Staf Kumpulan Profesional & Pelaksana Universiti-Universiti Dalam Kejuruteraan 2017 pada 02 dan 03 Ogos 2017 bertempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Objektif

Objektif utama persidangan ini adalah untuk menyediakan platform dan memberi ruang kepada staf bukan akademik untuk berkongsi idea, projek inovasi dan amalan baik tugasan dalam menyokong usaha universiti untuk mencapai sasaran menjadi antara yang terbaik di dunia

Panggilan Kertas Kerja

Penyertaan dibuka kepada staf bukan akademik berikut:

  • Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya
  • Institusi pengajian tinggi awam dan swasta

Serahan Abstrak

Sila lengkapkan borang pendaftaran abstrak (KLIK DI SINI untuk muatturun) dan hantar melalui email kepada enginepnp@um.edu.my sebelum 31 Mac 2017.

Topik Pembentangan

  • Pengurusan Fasiliti Dan Infrastruktur
  • Pengurusan Ruang Pembelajaran
  • Pengurusan Aset Dan Inventori
  • Pengurusan Makmal
  • Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
  • Penjanaan Pendapatan dan Dasar Penjimatan
  • Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia
  • Pengurusan Rekod dan Dokumentasi
  • Aplikasi Teknologi ICT Dalam Pembelajaran
  • Pengurusan ICT
  • Pengurusan Kewangan

Pembentangan adalah secara LISAN sahaja. Setiap peserta akan diberikan 10 minit masa pembentangan, disusuli dengan 5 minit untuk sesi soal-jawab.

Yuran Penyertaan

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM250. Pembayaran hendaklah dibuat secara pindahan tunai ke akaun Bendahari Universiti Malaya (No Akaun: 800-127-999-8).

Kaedah Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat melalui:

  • Mesin Deposit Tunai / Cash Deposit Machine (CDM)
  • Perbankan atas talian / Online Banking

Yuran penyertaan perlu dibuat sebelum 31 Mei 2017. Resit bukti pembayaran perlu dihantar melalui email kepada enginepnp@um.edu.my.

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • (603) 7967 5356 - Pn. Rozitah Md Amin
  • (603) 7967 5323 - En. Alias Abdullah
  • (603) 7967 5234 - Pn. Nor Adibah M. Kassim
Atau melalui email enginepnp@um.edu.my

Last Update: January 18, 2017