counter stats

Persidangan Kebangsaan Staf Profesional & Pelaksana Universiti Kejuruteraan 2017

Fakulti Kejuruteraan buat pertama kalinya menganjurkan Persidangan Kebangsaan Staf Kumpulan Profesional & Pelaksana Universiti-Universiti Dalam Kejuruteraan 2017 bagi menyediakan platform dan memberi ruang kepada staf bukan akademik untuk berkongsi idea, projek inovasi dan amalan baik tugasan dalam menyokong usaha universiti untuk mencapai sasaran menjadi antara yang terbaik di dunia.

Persidangan ini yang berlangsung pada 02 Ogos 2017 telah menerima penyertaaan sebanyak 122 kertas abstrak yang merangkumi bidang-bidang berikut:

  • Penjanaan Pendapatan & Dasar Penjimatan
  • Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia
  • Pengurusan Rekod dan Dokumentasi
  • Aplikasi Teknologi ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Aset dan Inventori
  • Pengurusan Fasiliti dan Infrastruktur
  • Pengurusan Ruang Pembelajaran
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pengurusan Makmal

Sila klik senarai pemenang untuk muatturun buku prosiding. Berikut adalah senarai para pemenang:

Persidangan Kebangsaan Staf Profesional & Pelaksana 2017