counter stats

The Engineering Festival (TEF)

The Engineering Festival (TEF) sebelum ini dikenali sebagai Engineering Open Day (EOD) merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (PKUM) bekerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (FKUM).

Tahun ini merupakan tahun yang ketiga aktiviti ini dianjurkan. Objektif utama aktiviti tahunan ini adalah dijadikan sebagai pemangkin kepada para mahasiswa sarjana muda baru untuk memahami FKUM secara lanjutnya. Oleh itu, TEF adalah amat penting bukan sahaja untuk mengalu-alukan para mahasiswa baru yang memasuki FKUM, lebih-lebih lagi TEF merupakan satu aktiviti yang akan membentukkan imej FKUM di hadapan orang ramai serta mampu melonjakkan pengiktirafan FKUM ke tahap yang lebih tinggi.

Majlis perasmian The Engineering Festival (TEF) telah dianjurkan pada 13 September 2017 di Auditorium Blok Y, Fakulti Kejuruteraan. 400 lebih orang mahasiswa telah menghadiri majlis ini. Majlis perasmian bermula dengan ucapan pembukaan oleh wakil Pengurusan Fakulti iaitu Prof. Ir. Dr. Kaharudin bin Dimyati, Timbalan Dekan (Ijazah Dasar), . Majlis tersebut juga dihadiri oleh En. Mohamad Iskandr Bin Mohamad Nor iaitu Timbalan Ketua Jabatan Kimia, dan wakil-waki dari penaja Festival Kejuruteraan.

Para mahasiswa telah mengambil bahagian secara aktif sepanjang sesi perkongsian oleh Prof. Ir. Dr. Kaharudin Bin Dimyati. Selepas majlis perasmian, kami sangat bertuah kerana mempunyai Dr Chin Wai Meng dari Daikin untuk berkongsi pengalamannya dalam industri kejuruteraan dengan para mahasiswa.

Aktiviti seterusnya yang telah dianjurkan oleh The Engineering Festival adalah Fun Day yang berlangsung pada 30 September 2017. Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti lawatan ke makmal di blok C, sesi ceramah dari pihak Fakulti Kejuruteraan dan pameran oleh Student Chapters serta syarikat-syarikat yang dijemput. Pelajar-pelajar dari PASUM, KMS, Sekolah Menengah Setiabudi dan SMK Puteri Wilayah telah menyertai akitiviti ini.

The Engineering Festival

The Engineering Festival

The Engineering Festival

The Engineering Festival
“TEF merupakan satu platfom yang sesuai untuk pelajar-pelajar baru untuk saling mengenali dan bergaul. Ini dapat memastikan pelajar sekalian aktif melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum.” – Lee Wei Loong, Pengarah TEF

The Engineering Festival
“Aktiviti seperti ini merupakan satu cara yang baik untuk memupuk sifat kepimpinan dan secara tidak langsung memberi persediaan kepada pelajar sebelum menjejakkan kaki ke alam kerja.” – Wong Yi Tin, Presiden PKUM