6 Universiti Sertai Forum Teknikal kejuruteraan Kimia

75 peserta dari 6 universiti Malaysia telah menyertai Forum Teknikal yang bertajuk Question Time- Engineer at Work: Facts, Myths and Insights anjuran Chemical Engineering Undergraduate Club (CEUC) dengan kerjasama Regional Chemical Engineering Undergraduate Congress (RCEUC) dan Institution of Chemical Engineers (IChemE) baru-baru ini.

Forum yang diadakan di Fakulti Kejuruteraan UM ini melibatkan enam universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti SEGI, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kolej Universiti KDU.

Antara penceramah yang hadir, Pengurus (Penjadualan Bahan) Jabatan Perancangan Pengeluaran Petronas, Syed M.Faiz, Pengarah Urusan AquaEcotech, Andrew Liew, dan Pengurus kilang Emery Oleochemicals, Ir. Loh Kwong Fei.

Ahli panel dari kanan, Ir. Loh Kwong Fei, Andrew Liew dan Syed M.Faiz dalam sesi soal jawab bersama mahasiswa kejuruteraan kimia
Ahli panel dari kanan, Ir. Loh Kwong Fei, Andrew Liew dan Syed M.Faiz dalam sesi soal jawab bersama mahasiswa kejuruteraan kimia

Pengarah Programnya, Chang Wooi Kai berkata, penganjuran program ini telah memberi peluang kepada pelajar terutama dari Fakulti Kejuruteraan Kimia untuk mengetahui fakta-fakta dalam dunia industri serta menangani mitos tentang pekerjaan.

“Tujuan kami mengadakan forum ini adalah untuk menggalakkan mahasiswa mengaplikasikan ilmu bagi menyelesaikan masalah dalam industri serta menyediakan ruang sesi soal jawab mahasiswa dengan ahli panel tentang hala tuju bidang kejuruteraan kimia dalam dunia kerjaya sebenar,” katanya yang juga pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan Kimia.

Salah seorang peserta Divyamalar Vellalagan berkata, penganjuran forum sebegini amat baik kerana dapat mendedahkan mahasiswa kepada industri serta mengaitkan ilmu semasa pengajian dengan keperluan industri kini.

“Saya kagum dengan kejayaan yang dicapai oleh ahli panel, antaranya, Andrew Liew yang merupakan graduan Sains Pertanian dalam bidang Perlindungan Tumbuhan dan Entomologi, namun beliau berkecimpung dalam bidang rawatan air sisa daripada pemprosesan minyak kelapa sawit hasil pembelajaran beliau sendiri. Malah, beliau juga tidak malu untuk bertanya kepada senior dan rakan sekerjanya. Begitu juga dengan Ir. Loh Kwong Fei, merupakan alumni Jabatan Kejuruteraan Kimia UPM dan beliau berjaya menamatkan pengajiannya dengan ijazah kelas pertama,” kata penuntut dari UM ini.

Salah seorang peserta bertanyakan soalan kepada ahli panel
Salah seorang peserta bertanyakan soalan kepada ahli panel

Walaupun sesi telah tamat, namun peserta tidak lepaskan peluang untuk bertanya kepada Ir.Loh Kwong Fei
Walaupun sesi telah tamat, namun peserta tidak lepaskan peluang untuk bertanya kepada Ir.Loh Kwong Fei

Bagi Teoh Wei Jian, Pengarah RCEUC berkata, melalui forum ini mahasiswa dapat mengetahui keperluan industri supaya mempersiapkan diri ke arah menghadapi cabaran industri petrokimia, air sisa dan kelapa sawit yang kian berubah.

Sumber: KampusUOLS, 18 Mei 2018