• +6037967 5200
  • engine@um.edu.my

Fakulti Kejuruteraan UM antara terbaik dunia

KUALA LUMPUR: Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) dinamakan antara terbaik dunia dalam kategori pengajian kejuruteraan apabila tersenarai dalam ranking teratas ‘Best Global Universities’.

Ranking terbabit dikeluarkan US News & World Report yang melakukan penyelidikan terhadap 1,500 universiti terbaik dari seluruh dunia.

Fakulti Kejuruteraan UM mendapat markah 84.1 mata berada di kedudukan ke-15 di belakang fakulti sama dari Swiss Federal Institute of Technology Zurich, Switzerland; Imperial College London, United Kingdom; Huazhong University of Science and Technology, Wuhan dan Southeast University, Nanjing, China yang berada di kedudukan ke-11 hingga 14.

Find out more...