• +6037967 5200
  • engine@um.edu.my

Program kejuruteraan Universiti Malaya di tangga ke-15 terbaik dunia

KUALA LUMPUR: : Universiti Malaya (UM) disenaraikan pada kedudukan ke-15 terbaik dunia bagi program kejuruteraannya.

Pencapaian tersebut diumumkan menerusi portal berita US News & World Report dengan skor 84.1.

Penilaian tersebut dilakukan menggunakan konsep kejuruteraan asas dengan menggunakan sains dan matematik dalam menyelesaikan masalah.

Portal tersebut turut menjelaskan, semua universiti yang tersenarai mempunyai kekuatan dalam penghasilan kajian dalam pelbagai topik kejuteraan termasuk kejuruteraan angkasa, mekanikal, elektrik dan awam.

Selain UM, turut tersenarai di tempat ke-40 adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (147), Universiti Sains Malaysia (193), Universiti Putra Malaysia (220), Universiti Tenaga Nasional (253), Universiti Malaysia Pahang (271), Universiti Teknologi Petronas (285), Universiti Teknologi Mara (464) dan Universiti Malaysia Perlis (654).

Find out more...